Layar imejan baru!

Berita panas: DigitalGlobe telah menawarkan dua layar imejan khas untuk OpenStreetMap: DigitalGlobe Premium dan DigitalGlobe Standard. Akhirnya, ada sesetengah tempat boleh dipetakan dengan lebih baik.

Diulang, tangan yang menghulur lebih baik. Bukanlah merungut, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.

Di Alor Setar misalnya, layar DigitalGlobe Standard telah menambah warna-warni dan juga perincian yang lebih baik, sehingga resolusi 30cm setiap piksel. Gambar satelit telah diambil pada tahun 2015. Ada sesetengah tempat yang mungkin dilindungi awan, telah diganti dengan gambar yang telah diambil pada tahun 2012.

Itu baru di Alor Setar. Tempat-tempat lain di Kedah juga lebih kurang begitulah.

Terdetik untuk membuat perbezaan antara layar Bing dan Mapbox. Jangan terkejut, ada sesetengah ubin gambar yang serupa antara DigitalGlobe Premium, DigitalGlobe Standard, Bing dan Mapbox. Boleh dikatakan apa-apa yang kita lihat dalam layar Mapbox akan serupa dalam DigitalGlobe Premium. Hal yang serupa dapat boleh dikatakan antara layar DigitalGlobe Standard dan Bing. Tetapi, perbandingan ini hanyalah sepintas lalu dan bukannya 100% tepat.

Sebenarnya penulis masih mengharap Bing mengemaskini layar satelitnya. Manalah tahu, berbagai-bagai pilihan layar ini boleh membantu proses pemetaan yang lebih jitu.

Advertisements

2 thoughts on “Layar imejan baru!”

  1. Hi. I was waiting for your post about the new imageries!

    Saya tumpang gembira, dan juga ‘overwhelmed’ dengan semua data yang sebelum ini tersangat susah mau ‘trace’.

    I am mapper from Brunei, mostly mapping Brunei obviously, but some times try to help trace the whole of Borneo..

    Liked by 1 person

    1. Kind of late reply, but I share the same sentiment with you. Yeah, it’s kind of overwhelming too – however I’ve been busy lately, in this few months. I have decided to remap things from photos taken up to a year ago, but apparently I have to find the suitable time to do so.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s