Kemas kini imej visual Bing – 2016

Seperti yang mungkin hampir keseluruhan pengguna OSM tahu bahawa Bing – enjin gelintar Microsoft – ialah salah satu tabir utama yang amat membantu dalam mengemaskini data OSM.

Di Malaysia, kali terakhir kemas kini dibuat ialah sekitar awal tahun 2015, kalau tidak silap penulis, itupun sekadar pemerhatian di sekitar Semenanjung. Tidak dinafikan, hanya beberapa tempat sahaja yang dapat menikmati mutu imejan yang berkualiti tinggi dan/atau imejan yang terkini (dirakam pada tahun 2013/14).

Manakala tempat-tempat utama lain masih kekal dengan imejan yang telah ketinggalan zaman: misalnya Pulau Pinang dengan imejan sekitar tahun 2008, dan contohnya kebanyakan tempat luar bandar di Kelantan dengan imejan dari tahun 2003! Selain itu, bagi tempat lain langsung tidak dapat merasai imejan resolusi tinggi – Bing hanya dapat menyediakan imejan dari satelit Landsat 7 sekitar awal tahun 2000-an.

Bagaimana metadata tahun imejan dapat diketahui? Ada peralatan yang dikenali sebagai Bing Coverage Analysis Tool, sekarang sudah tiada lagi. Walau bagaimanapun, metadata tersebut masih boleh diakses melalui penyunting JOSM. Hanya klik kanan dan pilih Show tile info.

Tidaklah manis untuk merungut-rungut agar Microsoft/Bing supaya membuat kemas kini dengan segera. Tangan penerima pula melebih-lebih!

Hinggalah pada sekitar awal bulan Januari 2017 apabila satu tweet dari otai OSM telah diutarakan terhadap Bing dan ini ialah balasan dari mulut (atau tangan) eksekutif Bing Maps:

Akhirnya suatu khabar gembira dalam tempoh dua tahun!

Kemas kini pertama telah dibuat di negara Brazil.

Manakala pada sekitar hari Jumaat, 3 Februari 2017, pengguna OSM di Australia dan India pula mungkin bersorak gembira:

Seterusnya di mana pula agaknya? Penulis amat berharap Malaysia ialah salah satu negara yang terpilih menerima kemas kini imejan Bing ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s