Ekstrak peta OpenStreetMap mingguan dalam aplikasi pandu arah

Panjangnya tajuk catatan. Penulis baru sahaja menjumpai perkhidmatan yang menyediakan ekstrak peta OpenStreetMap untuk aplikasi pandu arah luar talian (Android sahaja kalau tak silap). Kemas kini dibuat secara mingguan dan disediakan untuk aplikasi Osmand (Osmand+), maps.me dan Navit. Dan yang penting, percuma!

Aplikasi yang telah disebutkan hanya menyediakan kemas kini peta setiap sebulan sekali. Kadang kala, menurut pengalaman penulis, perubahan yang dikehendaki kadang-kadang tidak muncul meskipun suntingan telah dibuat hampir dua bulan ketika muat turun peta terkini telah dibuat.

Penulis telah ditemukan dengan Planet.osm extracts | BBBike.org kalau tak silap melalui forum OSM kot.

Screen Shot 2016-02-25 at 02.43.36
Tampilan halaman sesawang

 

Mudah sahaja cara penggunaannya.

  1. Pilih format peta. Ada pelbagai jenis format termasuklah peta Garmin!
  2. Sorotkan peta ke destinasi.
  3. Coretkan rantau poligon untuk menandakan liputan peta yang dikehendaki.
  4. Masukkan alamat e-mel dan letakkan label peta.
  5. Tunggu “tempahan” dipenuhi, anda mungkin diberitahu dengan e-mel.
  6. Pastikan anda tahu destinasi fail peta tadi.
  7. Boleh terus guna!
Screen Shot 2016-02-25 at 02.55.58.png
Rantau peta tidak terhad dalam bentuk segi empat – penulis memilih untuk memuat turun peta Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sahaja dengan pilihan “add points to polygon“. Saiz fail ZIP ekstrak peta hanyalah sebesar 5.5MB!

Walau bagaimanapun, liputan peta OSM amatlah bergantung dengan sukarelawan-sukarelawan pemeta. Tiada data peta yang lengkap di kawasan pilihan anda bermakna tiada pemeta yang berdekatan (maka, diharap andalah yang boleh meluangkan masa menambah liputan OSM!).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s