1Malaysia Map

(Huh, nama bahasa Inggeris je?)

Baiklah, Peta 1Malaysia atau nama glamor bahasa Inggerisnya 1MalaysiaMap ialah alat penatap maklumat geospatial semua dalam satu hasil usaha Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure, MaCGDI). Pendek cerita, MaCGDI ini diletakkan bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

2016-02-17-0136
Tampilan lalai

Melalui tangkapan layar yang disisipkan, jenis-jenis data yang dapat dilihat dan ditampilkan ialah seperti di lajur paling kiri. Tanda rait menandakan jenis data yang aktif dalam paparan.

Sebenarnya penulis telah lama menggunakan 1Malaysia Map sejak tahun 2012/13. Tidak pasti pula peta ini mula diterbitkan tapi rasa penulis mungkin sebelum tahun 2012 lagi.

Terdetik pula baru-baru ini untuk “mengendap” setelah sudah lama dibiar berhabuk dalam penanda buku pelayar web. Dahulu cuma ada beberapa jenis peta tindihan (overlay) yang disediakan iaitu tiga jenis peta Bing (satelit, jalan dan hibrid), OpenStreetMap (OSM) dan peta-peta buatan tersuai (custom) oleh Esri – sebab platform Esri digunakan untuk menerbitkan peta interaktif ini.

Sekarang, ada 20 peta tindihan yang disediakan. Di samping tindihan peta seperti dalam perenggan sebelum ini, pilihan-pilihan baru (bagi penulis) yang ditawarkan ialah:

  • peta asas Esri (satelit, jalan dan hibrid)
  • peta Here (satelit, jalan dan hibrid)
  • Mapbox (satelit, jalan dan hibrid) – menggunakan data OSM
  • OpenCycleMap, Transport Map – turut menggunakan data OSM
  • Stamen (Toner dan Watercolour) – juga berasaskan OSM
  • Mapquest Open dengan data OSM sehingga 1 November 2015 dan mungkin tiada kemas kini
  • TM Smart Maps. Pilihan ini disediakan tetapi nampaknya tidak dapat dimuatkan.
2016-02-17-0202
Pilihan pelbagai peta tindihan – tanpa data Google

Boleh tengok tapi data mentahnya tidak boleh dimuat turun…

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s