Nod ke-4 000 000 000!

Pada jam 00:52 waktu min Greenwich, 11 Februari 2016, nampaknya nod ke-4000000000 (empat ribu juta atau empat bilion kalau mengikut kiraan ala Amerika Syarikat) telah dimasukkan dalam pangkalan data OpenStreetMap.

Screen Shot 2016-02-11 at 13.56.58.png

Di mana pula nod ini diletakkan? Di Mozambique, benua Afrika. Kalau kita lihat komen set perubahan (changeset comment), pemeta h2g2bob sedang turut serta dalam projek Missing Maps anjuran Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan Palang Merah serta dijayakan oleh Humanitarian OpenStreetMap Team (Pasukan Humanis OpenStreetMap?).

Apa pula detik penting selepas ini? Rasa penulis, menanti laluan (way) ke-400 000 000 – empat ratus juta pula. Laluan ke-397 000 000 baru sahaja dicipta pada 9 Februari lepas; laluan ke-396 000 000 pula telah dimasukkan dalam OpenStreetMap hanya pada 4 Februari. Manakala ciptaan laluan ke-395 000 000 pula dibuat pada 31 Januari.

Kalau dihitung secara kasar, rasa penulis, laluan ke-400 000 000 mungkin bakal ditempa pada bulan Mac 2016 depan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s