Keanehan pangkalan data peta Google

Tajuk catatan blog kali ini ialah rumusan cetusan jiwa penulis.

Bukannya apa, Google Street View (yang amatlah dicemburui penulis) dapat dicapai melalui program penyunting peta Google Map Maker. Sepatutnya kod jalan raya di seluruh Malaysia (lagi-lagilah di Kedah); boleh jadi jauh lebih tepat, selain dapat dikemaskini dengan mudah lagi segera. Tetapi, sangatlah pelik, nampaknya “nikmat” kamera jalan Google Street View tidak digunakan dengan sepenuhnya.

Misalnya, jalan bercabang empat ini yang berada di pinggir pekan Pokok Sena. Dua jalan mempunyai kod rujukan yang salah. Yang mana satu? Gunalah Google Street View!

Apa? Ingin penulis perbaikinya sendiri? Harap maaf. Penulis enggan bekerja tanpa gaji untuk Google. Syarikat korporat gergasi seperti Google sepatutnya menggunakan laba syarikat yang sangat masyuk untuk memastikan produk tawarannya bermutu tinggi. Bukannya mengharapkan orang ramai semata-mata (yang memang bukan pekerja syarikat itupun!) membuat pembetulan, tambah-tambah lagi tanpa diberi sebarang ganjaran.

Itu crowd-serf namanya.

Advertisements

2 thoughts on “Keanehan pangkalan data peta Google”

  1. Username AkuAnakTimur tapi nampak macam orang Alor Setar sana. Saya tak beberapa suka guna Google Street View. Sekarang ni kena pakai Mapillary tapi banyak area tak cukup view lagi. Saya ingat nak bantu dari aspek ini. Bagi Street View kita lagi tiptop

    Like

    1. Sama juga macam OSM, dalam Mapillary, tak ada pemuat naik, jawabnya memang takde gambar. Yang bestnya sikit Mapillary ni, boleh guna GoPro dan seumpamanya (dashcam pun OK). Janji ada GPS track, dari mula rakam gambar sampai habis rakam gambar. Itu pun kalau malas nak guna app dalam telefon.

      Nota kaki: Nama gelaran ni pun dari novel KOMSAS (BM PMR) bahagian utara sebenarnya.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s