Satelit Sentinel-2

Baru-baru ini riuh sebentar tentang data dari Sentinel-2 seperti yang dikarang dalam catatan diari PlaneMad dan MapMakinMeyers. Katanya data terbuka ehsan Agensi Angkasa Lepas Eropah, air tangan “Program Copernicus”. Pautan akses data disediakan tetapi kaedahnya agak rumit bagi mendapatkan data yang dikehendaki.

2016-01-25-0350
Tiada kotak carian, seretkan sahaja peta ke tempat tujuan

Ada data yang bertarikh 13 Januari yang lepas, maka, boleh tahan juga “bau kedainya”. Kalau itu data yang dikehendaki, klik pada segi tiga hijau tadi dan terus masuk ke pautan AWS (Amazon Web Server) yang disediakan.

2016-01-25-0353
Hmm. Fail berformat JPEG2000 yang diasingkan mengikut jalur-jalur tertentu.

Kalau nak hasilkan gambar seperti di bawah, pastikan muat turun imej jalur (band) 2, 3 dan 4. Gambar ini diolah menggunakan Adobe Photoshop (secara cincai). Boleh guna tutorial (atau skrip automasi) membikin gambar komposit dari data satelit Landsat 8 milik Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS).

 

2016-01-24-1047
Alor Setar, Kedah pada 13 Januari 2016. Boleh nampak Aman Central (kenyit mata sikit) serta Jalan Lencong Timur dan projek terusan tebatan banjir dalam proses pembinaan. Data Copernicus Sentinel 2016.

Seronok tengok gambar data terbuka yang lebih tinggi resolusinya. Sentinel-2 merakam gambar dengan resolusi 10 meter, manakala Landsat 8 hanya mampu merakam pada resolusi 30 meter.

Boleh ke guna untuk ditekap masuk OpenStreetMap? Desas-desus mengatakan bahawa data perolehan (derived data) dari Sentinel-2 tidak sama sekali serasi dengan Lesen Pangkalan Data Terbuka (ODbL) yang digunapakai oleh OpenStreetMap. Hmm… tunggu dululah. Biar orang besar Licensing Working Group selesaikan masalah ini dululah rasanya. Tapi sayanglah! Bukannya senang nak dapat data satelit waktu tak berawan di Malaysia ni!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s